30 Julai 2008 - YBK telah mengadakan perbincangan dengan Agency Nuklear Malaysia di pejabat Ketua Pengarah Agency Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad. Dalam perbincangan Agency Nuklear Malaysia telah bersetuju mengadakan kerjasama dengan Yayasan Basmi Kemiskinan dalam pembangunan modal insan pelajar termiskin di bawah tajaan YBK.

Antara kerjasama yang akan dilaksanakan termasuklah mengadakan program ceramah dan motivasi perkhemahan mengenai sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar yayasan. Disamping itu YBK juga bercadang membangunkan pusat nuklear dengan skala yang sesuai yang akan di tempatkan di Asrama Kasih YBK Serendah dengan kerjasama Agency Nuklear Malaysia.

Pada sesi perbincangan tersebut YBK bersetuju merancang suatu majlis memeterai perjanjian persefahaman MOU antara YBK dengan Persatuan Nuklear Malaysia (MNS) dan Agency Nuklear Malaysia. Perbincangan dihadiri oleh Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Hj Sakom, Lembaga Pemegang Amanah YBK Datin Hartini Osman dan SUKARELAWAN YBK, Hj Hziz dan CEO YBK. Sementara Agency Nuklear Malaysia dihadiri oleh wakil Ketua Pengarah, Mohamad Ali, Ibrahim Ali dan wakil Persatuan Nuklera Malaysia, Puan Faridah Mohamad Idris

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;