- Hit: 1363
28 Oktober 2008, Kelana Jaya - Pertemuan antara Pengerusi YBK, Datoβ Haji Zainal Abidin Sakom dengan Editor Majalah Keluarga, Pn Norlis Salusi dari Karangkraf telah mengeratkan lagi hubungan baik YBK dengan pihak media. Melalui pertemuan ini banyak idea dan kerjasama boleh dilaksanakan antara YBK dengan Karangkraf terutamanya majalah Keluarga ini. Antaranya mempromosi YBK melalui iklan, rencana, kisah-kisah masyarakat dan lain-lain yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca majalah ini. Turut sama dalam pertemuan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Zulhairy Jalaluddin.