- Hit: 1388
19 November, Kelana Jaya – Perbincangan antara YBK dengan Chen Swee Pang telah diadakan bagi membincangkan penganjuran satu program yang begitu bermanfaat kepada pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir dan pelajar-pelaja disekitar Hulu Selangor bagi mengikuti program yang dikenali sebagai “Competent and Predictive Education”.
Program ini merupakan pogram untuk meransangkan minda (mental gym) dan meningkatkan keupayaan mengingat di kalangan pelajar supaya pelajar lebih memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajaran pelajar tersebut. Melalui progam ini pelajar-pelajar akan dapat meningkatkan kepantasan minda mereka, kecekapan untuk berfikir dan menyerlahkan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara.