27 November, Kuala Lumpur – YBK telah dipilih untuk menjadi rakan kongsi pintar bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi melaksanakan program-program pembangunan keluarga.

Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan program Saringan Kesihatan Desa Kasih yang dijangka dilaksanakan pada bulan Januari 2009. Majlis Penyampaian Cek Bantuan Khas Perbendaharaan Gean Tahunan Pertubuhan Sukarela Kebajikan telah disempurnakan oleh YB Puan Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sebelum ini YBK telah berjaya menjalankan 2 program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita yang ditaja oleh kementerian melalui Lembaga Penduduk Dan Perancang Keluarga, LPPKN iaitu di Kg Orang Asli Hulu Serendah dan Kg Orang Asli Changkat Bintang Hulu Selangor

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;