29 November, Menara Kuala Lumpur – Dua orang pegawai  telah menamatkan perkhidmatan mereka di YBK bermula 1 Disember 2008. Bagi  menghargai jasa dan komitmen yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan mereka di YBK, pihak pengurusan telah mengadakan majlis perpisahan yang sederhana tetapi meriah dan dihadiri oleh Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom.

Pegawai-pegawai tersebut ialah Mohd Khizam Mohd Salih, Eksekutif IT dan Sureini Sulaiman, Eksekutif Korporat. Di majlis tersebut juga Dato’ Zainal dan Datin Hartini telah menyampaikan cenderahati kepada mereka berdua. Seluruh pihak pengurusan YBK mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa mereka selama berkhidmat di YBK dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi nanti.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Datin Sarifah Ahmad, Datin Hartini Osman, Haji Bing Selamat Amir, Zulhairy Jalaluddin dan pegawai-pegawai YBK.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;