- Hit: 1329
1 Dis 2008 - YBK telah menerima e-mail dari seorang yang prihatin tentang masalah kemiskinan di kawasan Serendah. Beliau yang menamakan dirinya sebagai ROMEO-05 telah memberi maklum balas isu rumah PPRT terbiar dan menjadi sarang penagih dadah dalam blog Dato Pengeruisi YBK. Dalam ulasannya beliau menyatakan isu 3 rumah PPRT di Kg Tok Pinang (Serendah) sudah sekian lama terbiar. Dengan rasa insaf dan bertanggungjawab beliau telah meminta YBK membuat siasatan.
Beberapa orang pegawai YBK telah turun padang dan menyaksikan sendiri keadaan rumah yang dimaksudkan oleh ROMEO-05 atau lebih dikenali sebagai Sdr Khairul oleh penduduk tempatan. Setelah mengadakan pernbincangan dengan Sdr Khairul dan penduduk sekitar YBK bersetuju akan membawa isu ini ke pengetahuan Lembaga Zakat Selangor, Pejabat Daerah, Pejabat ADUN Batang Kali dan cuba menyelesaikannya tanpa menyalahkan mana-mana pihak.