5 Dis 2008 - YBK telah mengadakan kunjungan hormat dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YBhg Dato Abdul Jabar bin Che Nai di pejabatnya di Putrajaya. YBK yang diwakili Pengerusi, Dato Zainal Abidin Hj Sakom dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Hj Bing Selamat Amir telah mengadakan perbincangan hampir 1/2 jam dengan Dato Abdul Jabar berkenaan peluang-peluang dan aktiviti YBK sebagai NGO dalam program pembasmian kemiskinan.

Disamping menyatakan penghargaan di atas perlantikkan Dato Abdul Jabar sebagai KSU mulai 16 Nov 2008 lepas, sempena perjumpaan tersebut YBK juga telah mengemukakan 2 permohonan peruntukkan kewangan bagi membiayai perlaksanaan Program Latihan Kemahiran Kerjaya Untuk 110 orang pelatih dari keluarga termiskin di Kolej Komuniti YBK dan Program KUNTUM untuk 900 orang pelajar miskin di 45 buah sekolah luar bandar bagi tahun 2009

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;