- Hit: 1214
23 Jan 2009 - YBK telah menerima aduan dari seorang penduduk sekitar Kg Tok Pinang Serendah tentang rumah PPRT yang terbiar dan menjadi sarang penagih dadah. Maka setelah menyiasat, YBK telah mengemukakan surat kepada Pejabat Daerah Hulu Selangor (salinan kepada wakil rakyat dan MAIS) berkenaan dengan laporan siasatan tentang 2 unit rumah PPRT terbiar dan menjadi sarang penagih di PPRT Kg Tok Pinang Serendah.
YBK telah memohon pejabat daerah supaya mengambil langkah perlu untuk membaik-pulih rumah tersebut seterusnya memperuntukkan kepada keluarga termiskin yang layak dan sangat memerlukannya. YBK juga mencadangkan kepada Penolong Pegawai Daerah Shaharuddin bin Ismail, supaya pejabat daerah memanggil mesyuarat jawatankuasa PPRT bagi membincang masalah rumah PPRT yang berlaku ditempat lain.