KUALA LUMPUR, 12 November 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini meneruskan Program Santuni Gelandangan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Pek-pek makanan sebanyak 100 unit pada minggu ini ditaja oleh kakitangan Yayasan Basmi Kemiskinan. Turut serta, pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Edaran dimulakan pada jam 11:45 pagi apabila kumpulan gelandangan ini mula berbaris di pintu masuk masjid. Selepas doa dibaca, pek-pek makanan mula diedarkan oleh pelajar UMP dan sukarelawan masjid serta dibantu oleh kakitangan YBK yang turut sama hadir. Pihak masjid turut menerima sumbangan pek makanan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di mana ia turut diedarkan bersama-sama.

YBK mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang ingin turut serta dalam program ini. Kepada yang berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;