29 Jan 2009 - YBK menyokong Plan Tindakan Desa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Sekolah Menengah Ayer Kuning Kampar, Perak hari ini. Menurut YB Tan Sri Muhamnmad bin Muhd Taib, Plan Tindakan Desa merupakan dokumen yang mengandungi penyataan masalah dan potensi pembangunan kampong, wawasan dan objektif, cadangan pembangunan atau program bagi menyelesaikan masalah dan mencapai objektif pembangunan. Ia merupakan plan pembangunan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampong, JKKK.

Sempena majlis pelancaran tersebut semua JKKKK setiap negeri telah menerima Manual Palan Tindakan Desa dari YAB Perdana Menteri yang akan digunakan oleh JKKK seluruh negara sebagai panduan dalam merancang, menggubal plan tindakan kampong masing-masing. Dato Pengerusi dan pegawai YBK telah hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada Kementerian kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Malah Dato Pengerusi juga telah dijemput sebagai seorang penceramah dalam Forum Perdana Ehwal Islamn 'Komuniti Berdaya Desa Berjaya' sehari sebelum pelancaran majlis tersebut








 


🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;