Kelana Jaya, 6 Feb 2009 - Permohonan ke Asrama KAsih YBK Gesir untuk sesi 2009 seperti yang dimaklumkan, YBK telah menerima 25 permohonan dari seluruh negeri Selangor. Dari jumlah tersebut YBK telah memanggil seramai 19 orang yang layak untuk tujuan temuduga dan IQ Test. Malangnya hanya 13 orang pelajar yang hadir untuk tujuan temuduga. Setelah melalui proses temuduga dan IQ Test, YBK menawarkan seramai 11 orang untuk kemasukkan sesi 2009. Malangnya semasa pendaftaran hanya 9 orang yang mendaftarkan diri. Sehingga kini hanya seramai 21 orang pelajar di Asrama KaAsih YBK JAMBOR Sakti iaitu 9 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan.

Asrama Kasih YBK Gesir sebenarnya mempunyai kemudahan prasarana yang mampu menampung pelajar seramai 50 orang pelajar sekolah pada satu masa. Dengan 2 orang penyelia, seorang tukang masak, seorang pekerja am dan seorang pemandu, YBK merancang untuk mengambil lebih ramai pelajar miskin yang layak untuk memasukki Asrama Kasih YBK Gesir. Untuk tujuan YBK telah menulis surat ke semua sekolah rendah di Selangor meminta pihak sekolah mengenalpasti pelajar dan memperakukan kepada YBK pelajar miskin yang layak. Barang sesiapa yang mempunyai calon yang layak bolehlah mencetak borang_permohonan dan mengantar ke YBK sebelum 15/2/2009 atau menghubungi Rosmaiza Muhamad untuk keterangan lanjut..

YBK juga sedang mengadakan perbincangan dengan SUKARELAWAN YBK untuk mengenalpasti calon yang layak untuk dipertimbangkan.





 


GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;