Kelana Jaya, 14 Feb 2009 - YBK telah mengadakan sesi percambahan fikiran dengan 15 orang dari kalangan dari pelbagai bidang dan latarbelakang. Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom telah membincangkan pelbagai isu kemiskinan termasuklah bagaimana YBK dapat memainkan peranan lebih aktif sebagai NGO yang berjaya. Mereka yang terlibat termasuklah dari pegawai kerajaan, bekas pesara penjawat awam, penggerak NGO dan ahli politik samada yang masih aktif atau sebaliknya.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah peranan dan peluang dalam KKLW mengatasi kemiskinan, peranan dan sumbangan pimpinan Melayu dalam membantu orang Melayu miskin dan pengalaman negeri-negeri di Malaysia bagaimana kerajaan negeri merancang dan melaksanakan program pembasmian kemiskinan mereka.

Sesi ini berjaya memberi YBK arah-tuju dan panduan dalam merancang dan melaksanakan program pembasmian kemiskinan dalam misi YBK iaitu Negara Sejahtera, Maju Dan Bebas Dari Kemsikinan

 






 


📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;