6 Mac, Alor Setar – perbincangan antara  pegawai YBK dengan Penyelaras-penyelaras KUNTUM dari sekolah menengah kebangsaan luar bandar terpilih Perlis dan Kedah telah diadakan di Holiday Villa Alor Star. Sekolah-sekolah dari Perlis yang terlibat adalah SMK Kuala Perlis, SMK ABI Perlis, SMk Syed Alwi dan SMK Arau. Manakala Sekolah dari Kedah yang terlibat adalah SMK Kubur Panjang dan SMK Pokok Sena.

Seramai 6 orang guru penyelaras KUNTUM terlibat dalam perbincangan. Mereka adalah Puan Hasnah bt Hassan (SMK Kuala Perlis), Encik Rozi bin Kamis (SMK ABI Perlis), Encik Mukhtar bin Arshad (SMk Syed Alwi) dan Puan Farah Hanim bt Abu Bakar (SMK Arau). Manakala ce' gu sekolah dari Kedah yang terlibat adalah Puan Sharipah Md Isa (SMK Kubur Panjang) dan Mohd Shukri bin Seman (SMK Pokok Sena). Beberapa perkara baru yang diputuskan dalam perbincangan tersebut adalah penetapan PKI untuk KUNTUM 2009 iaitu peningkatan 20% pencapaian setiap pelajar dan sekolah, setiap sekolah diharapkan dapat merakamkan program dalam media foto untuk tujuan arkib dan keputusan peperiksaan PMR dijadikan sebagai tanda aras pelajar berbanding keputusan SPM sebenar.


📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;