Serendah -  YBK menerima kunjungan rombongan dari Kerajaan Negeri Perak Darul Ridwan yang diketuai oleh YB Dato Saarani Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan. Rombongan yang turut dihadiri oleh pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Dr Fadzli dan pegawai pejabat Kewangan Negeri telah disambut oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom dan Datin Hartini Osman Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK di Asrama Kasih YBK.

Mereka juga diberi taklimat tentang penubuhan dan operasi YBK sepanjang tempuh 1990-2008 oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBK sebelum di bawa melawat sekitar Asrama Kasih YBK dan menjamu makan tengahari. Selepas itu rombongan juga telah dibawa ke Pusat Latihan YBK Kuala Selangor untuk melawat program-program latihan kemahiran yang disediakan oleh YBK untuk pelatih dari keluarga miskin.

Lawatan rombongan Kerajaan Negeri Perak ke YBK ini merupakan sebahagian usaha  Kerajaan Negeri Perak menubuhkan sebuah yayasan membasmi kemiskinan dengan mengambil struktur dan pengalaman YBK sebagai teladan. Dato Zainal Abidin Hj Sakom selaku Pengerusi YBK telah menyatakan sokongan dan akan sentiasa memberi kerjasama untuk menjayakan hasrat Dato Saarani dan rombongannya itu.  

 











GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;