- Hit: 1391
Gombak Setia - Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Hj Sakom berkesempatan menyampaikan sumbangan zakat kepada anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin dari Wilayah Persekutuan. Turut sama adalah Dato Ahmad Bhari Abdul Rahman dan pimpinan Silat Gayung kebangsaan
Sumbangan merupakan beras dan wang ringgit ini adalah sumbangan Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia, Wilayah Persekutuan kepada ahli dari kalangan anak yatim dan ibu tunggal seluruh Wilayah Persekutuan.
Dato dalam ucapan tazkirah kepada ahli silat gayung dari kalangan kanak-kanak telah mengingatkan bagaimana nabi Muhammad s.a.w semasa kecil yang tidak mempunyai ibu bapa telah menjadi insan yang berjaya. Oleh beliau berharap ramai lagi dari kalangan kanak-kanak menyertai Silat Seni Gayung kerana ini dapat mengelakkan kanak-kanak dari terjebak kepada masalah sosial.