Kelana Jaya, Selangor - Kelab Nona Wawasan yang diketuai oleh YDP kelab Pn. Zaiton Ishak diiringi ahlinya seramai 13 orang, telah membuat satu kunjungan ke ibupejabat YBK. Kunjungan ini merupakan yang pertama bagi kelab Nona ke YBK dalam usahakan merapatkan silaturahim.

Objektif utama lawatan ini selain daripada mengeratkan silaturahim, kelab Nona Wawasan ingin bekerjasama dengan pihak YBK dalam menjalankan beberapa aktiviti dan program kelab. YBK secara dasarnya berminat dengan cadangan tersebut dan perbincangan akan diadakan pada masa akan datang.

Dato Pengerusi dalam ucapannya, gembira dengan kunjungan kelab Nona ini dan berharap kerjasama dapat direalisasikan supaya aktiviti atau program yang akan dirancang dapat membantu semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa.

Akhir sekali semoga silaturahim antara YBK dan Kelab Nona Wawasan ini dapat memberikan kesan yang cukup baik dalam meningkatkan semangat 1 Malaysia.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;