Kelana Jaya - Sempena menyambut kedatangan tahun 2010, YBK telah mengadakan satu majlis tazkirah yang disampaikan oleh Dato Pengerusi sendiri. Majlis ini dihadiri hampir 50 tetamu terdiri daripada konsultan PLYBK, Kelab Nona Wawasan, Ahli Lembaga Pengarah YBK serta bekas kakitangan adun Hulu Selangor.

Dato Pengerusi membicarakan awal tahun bagi masihi serta hijrah. Walaupun kedua-duanya berbeza tetapi ianya dicipta berlandaskan hukum alam iaitu matahari dan bulan. Masihi banyak merujuk kepada Nabi Isa a.s (al-Masih) manakala hijrah merujuk kepada bulan perpindahan Nabi Muhammad dari kota Mekah ke kota Madinah pada 622 masihi.

Selain daripada itu, intipati tazkirah Dato Pengerusi adalah kecemerlangan dalam pengurusan diri serta pekerjaan. Banyak yang diperkatakan tentang KPI serta K.I.N.T.A. Akhir sekali ingatan yang selalu ditekankan iaitu perjuangan dalam pembasmian kemiskinan memerlukan pengorbanan yang cukup tulus ikhlas serta cekal dalam diri. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;