- Hit: 1376
BK telah mengemukakan permohonan bantuan kewangan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bagi menjayakan pembiayaan latihan kemahiran dan kerjaya untuk golongan sasar seramai 13 orang yang telah dikenalpasti untuk mengikuti Program Latihan Kemahiran Kolej-kolej Komuniti YBK dalam tahun 2009.
Program latihan kemahiran yang dicadangkan adalah Kursus Mekanik Kenderaan Motor (Automatif), SKM Tahap 1 & 2ย dan Kursus Pelukis Plan Senibina, SKK CIDB di Pusat Latihan YBK Kuala Selangor dan Kursus Pendawaian Elektrik PW1-PW4,ย Sijil Pendawaian, Suruhanjaya Tenaga Kementerian Tenaga Air Dan Komunikasi.ย KKLW telah bersetuju dan meluluskan poermohonan YBK membiayai seramai 13 orang pelatih yang berminat dan memohon untuk mengikuti program latihan di kolej-kolej komuniti YBK di atas. Dengan latihan kemahiran yang diberikan, golongan sasar berpeluang mendapat pekerjaan mahir atau separa-mahir yang memberi pendapatan yang lebih baik seterusnya membantu mengeluarkan mereka dari masalah kemiskinan.
KKLW telah meluluskan pembiayaan kos latihan kemahiran dalam bidang-bidang di atas sebanyak RM158,550.00 bagi membolehkan YBK menaja seramai 13 orang pelatih dari keluarga termiskin seluruh negara mengikuti program-program kemahiran kerjaya di kolejย komuniti YBK. Bidang latihan kemahiran kerjaya yang disediakan oleh YBK adalah Mekanik Kenderaan Motor (Automotif) โ Pusat Latihan YBK Kuala Selangor untuk 4 orang pelatih (RM56,000.00), Pelukis Pelan Seni Bina - Pusat Latihan YBK Kuala Selangor untuk 5 orang pelatih (RM35,000.00) dan Pendawaian Elektrik - Akademi Kemahiran Gesir untuk 4 orang (RM60,000.00)
Senarai pelatih Mekanik Kenderaan Motor โ (Jul 2009-Jun 2010) adalah Nur Bella Binti Ahamad Daud (910616-10-5728) โ RM13,600.00, Muhammad Hakkimie Bin Ngali (910729-10-5871) - RM13,600.00 dan Mohd Helmi Bin Hashim (830615-14-6675) - RM13,600.00
Senarai pelatih Pelukis Pelan Senibina โ (Jul 2009 โ Okt 2009)ย - Nur Syakila Binti Amirudin (910715-10-5774) - RM4,700.00, Fatin Amera Binti Mohd Amer (910720-08-6088) - RM4,700.00, Siti Mahuda Binti Muhamad Yusoffย (910621-10-5298) โ RM4,700.00, Nur Suhana Binti Mohd Dali (910820-08-6616) - RM4,700.00
Senarai pelatih Sijilย Pendawaian Elektrik Pw4 Suruhanjaya Tenaga โ (Jul 2009 โ Okt 2011) - Muhamad Afiq Bin Mustafa (800623-03-6147) - RM15,000.00, Muhamad Zuharim Bin Isa (860221-29-6109) - RM15,000.00, Mohd Zaidi Bin Ismail (89052210-5481) - RM15,000.00 Mohd Faizal bin Seman 8802052-08-6273)ย - RM15,000.00