- Hit: 1587
KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2016 - Radio Selangor FM telah menjemput YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK untuk ditemuramah sempenaย Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 Oktober nanti. Turut mengiringi Dato' Pengerusi adalah Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK.
Dalam temuramah tersebut, penyampai telah meminta Dato' Pengerusi YBK untuk memberikan pandangan beliau berkenaan apa yang diharapkan dalam Bajet 2017 terutamanya daripada sudut pembangunan modal insan dan pembasmian kemiskinan. Dato' Pengerusi juga melahirkan harapan agar kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan kos sara hidup di samping kelestarian pembangunan yang mengambil kira suara rakyat.