KUALA LUMPUR, 10 Disember 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini meneruskan Program Santuni Gelandangan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Pek-pek makanan sebanyak 100 unit pada minggu ini ditaja oleh Pusat Latihan YBK. 

Edaran dimulakan pada jam 12 tengahari apabila kumpulan gelandangan ini mula berbaris di pintu masuk masjid. Selepas doa dibaca, pek-pek makanan mula diedarkan oleh sukarelawan masjid dan dibantu oleh pegawai Pusat Latihan YBK yang turut sama hadir. Pihak masjid turut menerima sumbangan pek makanan daripada Bank Muamalat di mana ia turut diedarkan bersama-sama. 

YBK mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang ingin turut serta dalam program ini. Kepada yang berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;