Segamat, 25/5/2016 – YBK Peduli! Melalui sukarelawannya telah menjalankan satu program gotong-royong dalam usaha memberi sinar baru kepada insan yang memerlukan. Melalui maklumat yang disampaikan oleh sukarelawan setempat kami telah melawat keluarga En Hamid daripada Kampong Lubok Lanjut, Segamat, Johor.
En Hamid bekerja sebagai penoreh getah serta turut menjalankan tanaman kontan sebagai punca pendapatan utama. Jauh di hujung kampong En Hamid menyara isteri dan tiga orang anak. Anak keduanya mempunyai masalah ‘keratitis’ dan perlu dirujuk bagi mendapatkan rawatan pakar setiap bulan.
YBK bersama penduduk kampong telah menjalankan satu program sukarelawan di rumah En Hamid yang membabitkan penukaran atap rumah, penambahan rabung atap, menampal dinding rumah serta membersih serta mengindah persekitaran dalaman rumah. Turut serta dalam program sehari ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Tuan haji Hamzah Jali, CEO YBK En Zulhairy Jalaluddin, Kumpulan Titik Sentuhan RTM, Ketua dan penduduk kampong Lubuk Lanjut.
Semoga melalui program YBK PEDULI! ini En Hamid dan keluarga dapat menyinari kecerian dan kegembiraan kehidupan dalam menempuhi hari-hari mendatang.  
 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;