7 Dis - Serenity Port Dickson, seramai 15 orang anak- anak ASKA Serendah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 yang terpilih mengikuti Program Kem Bahasa Inggeris selama 2 hari iaitu 7 hingga 8 Disember. Program yg mendpat tajaan daripada Pn. Roshni (pemilik villa).  Kem ini adalah salah satu aktiviti cuti sekolah anak2 ASKA yang bermanfaat.

Menggunakan konsep dan idea "Lets speak" dan "english is awesome" melalui tenaga pengajar yang berpengalaman dan hebat anak-anak ASKAYBK telah berjaya mengubah persepsi bahawa bahasa inggeris adalah bahasa yg sukar utk dipelajari. Antara perkara menarik yg dipelajari oleh pelajar ialah apabila di dalam satu kumpulan terdapat rakan2 yang akan memberi sokongan dan akan ada rakan yg cuba untuk menghalang dari bercakap perkara itu adalah salah satu realiti yg berlaku dalam kehidupan. Semua aktiviti dijalankan menggunakan bahasa inggeris sbg bahasa pengantar. 2 org pegawai turut dihantar iaitu Ust. Syaiful dan En. Amir bagi bersama sama dengan anak2 sepanjang Program. Pada malamnya selepas aktiviti barbeque pelajar meneruskan lagi sesi pembelajaran dengan aktiviti LDK iaitu perkongsian dapatan sepanjang program. Pada hari kedua selepas bersarapan pelajar-pelajar memasuki kelas utk slot yang terakhir iaitu bagaimana meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris melalui penulisan,percakapan,mendengar dan membaca serta diterjemahkan melalui pembentangan.

Program berakhir sekitar jam 12.30...selepas makan tgh hari pelajar2 kemudiannya menanam pokok kemboja sebagai tanda kenang kenangan..selepas itu semua pelajar serta kakitangan berangkat pulang ke asrama dengan sangat gembira.

Sumber | Fb ASKA Serendah

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;