SABAK BERNAM, 17-19 Disember 2016 - Sebagaimana pada tahun sebelumnya, YBK telah melaksanakan Kajian Kesejahteraan Desa Kasih melibatkan 5 Desa Kasih iaitu Desa Kasih Merbau Berdarah, Desa Kasih Parit 8 1/2, Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar, Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai dan Desa Kasih Tebuk Pulai Tengah. Seramai 5 orang pegawai YBK bertindak sebagai 'enumerator' pada sesi yang berlangsung selama 3 hari ini.

Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kesejahteraan penduduk Desa Kasih melalui pengukuran aspek-aspek seperti sosial, pendidikan, ekonomi, keselamatan, kebahagian, kerajaan dan kemudahan awam. Data dikumpul melalui temuduga bersemuka bersama ketua keluarga dan mengguna pakai instrumen kesejahteraan yang dirangka oleh pakar penyelidikan kesejahteraan, Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Md Yassin. Kajian ini adalah kesinambungan kajian tahun sebelumnya di mana hasil kajian ini akan dirumus dan dikongsi dengan pemegang berkepentingan (stakeholders) seperti wakil rakyat dan agensi setempat.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;