- Hit: 1238
JASIN – YBK bersama penduduk Kg Seri Mendapat, Jasin telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Perarakan ini bermula daripada tapak projek UiTM - PYBK ke Masjid Kg Seri Mendapat kira-kira 1.5km.
Majlis sambutan ini disertai oleh hampir 500 peserta meliputi penduduk Kg Seri Mendapat serta penduduk kampung berhampiran. Selain itu ia turut disertai oleh Ahli Parlimen Jasin YB Datuk Wira Hj Ahmad Hamzah serta Adun Sungai Rambai YB Hasan Abd Rahman.
Majlis bermula dengan perarakan kemudiannya selepas solat maghrib Dato Pengerusi menyampaikan ceramah Maulidur Rasul & sumbangan kepada anak-anak yatim serta jamuan makan selepas solat isyak. Jamuan makan pada malam tersebut disumbangkan oleh YBK untuk penduduk Seri Mendapat atas kerjasama serta sokongan mereka dalam merealisasikan pembangunan projek kampus UiTM yang akan bermula tidak lama lagi.