9hb April, Kelana Jaya – Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom memberi kata-kata semangat kepada pegawai-pegawai yayasan agar lebih bersemangat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kumpulan sasar agar program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh YBK berjaya mencapai matlamatnya.
Kejayaan dan pencapaian yang telah ditunjukkkan oleh YBK selama 18 tahun dalam program pembasmian kemiskinan ini menjadikan YBK sebagai salah sebuah NGO yang berjaya.

Justeru beliau berharap agar semua kakitangan dapat melaksanakan tugasan masing-masing dengan hati yang ikhlas di samping memberi idea-idea yang boleh dimanfaatkan oleh YBK bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik ini agar turut merasai arus pembangunan negara. Beliau juga berkata YBK akan terus mempergiatkan dan memperkemaskan lagi  perlaksanaan kesemua program-program pembasmian kemiskinan YBK di negeri Selangor khasnya dan Malaysia amnya. Turut hadir Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Haji Abdul Latif Hussin, Pengetua Asrama Kasih, Zulkifli Zali, Pengetua Pusat Latihan YBK dan Norleza Hambali, IKD, Gesir.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;