4 April 2008, Serendah – Sukarelawan YBK yang telah memutuskan untuk menjalankan Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita Kg Orang Asli Hulu Serendah telah melawat kampong tersebut pada hari ini jam 3.15 petang.

Seramai hampir 20 orang Sukarelawan yang diketuai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK Datin Hartini Osman dan Hj Bing Selamat Amir telah melawat kampong tersebut. Tok Batin, Pengerusi JKKK dan ahli jawatankuasa kampong bersama berbincang dengan rombongan Sukarelawan YBK. Mereka telah menyatakan sokongan akan bersama menjayakan program tersebut yang akan diadakan pada 26 April 2008 yang akan datang. Di jangka satu program pemeriksaan kesihatan dan sukaneka akan di anjurkan oleh Sukarelawan YBK. Semua di jemput hadir untuk menjayakan program ini.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;