- Hit: 1257
Kelana Jaya, 9/8/2016 - En Benny Iskandar telah hadir bersama anaknya ke pejabat YBK Kelana Jaya dalam usaha mendapat sedikit maklumat berkenaan dengan bantuan bulanan dan pendidikan. En Benny tinggal di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara. Sebelumย ini bekerja sebagai pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur.
Semuanya bermula apabila kemalangan jalan raya yang menyebabkan kaki kanannya cedera. Kini mengharapkan isteri mengasuh anak-anak jiranย sebagai sumber pendapatan utama. YBK akan merujuk anak En Benny ke Asrama Kasih YBK serta Pusat Latihan YBK jika anak-anak ini berminat. Kami juga cuba membantu keluarga ini ke JKM supaya bantuan yang lebih sesuai dapat dinikmati untuk keselesaan keluarga ini.
ย