AL-FATIHAH

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Hamzah bin Jalli, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 14 Januari 2017.

Jenazah telah selamat dikebumikan pada hari Ahad, 15 Januari 2017 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, dan sebelum itu telah disembahyangkan di Masjid Sallahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Gombak. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Dato' Hj. Bing Selamat Amir, ALPA YBK, para kakitangan YBK, serta rakan-rakan Allahyarham.

Allahyarham dilahirkan pada 6 November 1949 di Sabak Bernam. Lulusan B.A. (Hons) Universiti Malaya (1974) dan Diploma Pentadbiran Awam INTAN (1980). Seorang Bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di pelbagai jabatan kerajaan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, dan Pejabat Tanah & Galian Daerah.

Jawatan terakhir Allahyarham adalah Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Hulu Selangor (2004) dan Pegawai Daerah Pejabat Daerah Sabak Bernam (2005) sebelum dilantik sebagai ALPA YBK pada 1 Ogos 2014.

Seluruh warga Yayasan Basmi Kemiskinan mengucapkan takziah dan berdoa agar Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;