SHAH ALAM, 9 Januari 2017 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) Selangor. Rombongan diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Hartini Osman, Ketua Pegawai Eksekutif YBK Group, dan En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK serta para pegawai termasuklah Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir.

Ketibaan delegasi YBK disambut oleh YBhg Tuan Zuhaimi Omar, Pengarah JKM Selangor dan pegawai-pegawai kanan. Kedua-dua pihak telah memberikan taklimat berkenaan visi, misi dan skop bidang organisasi masing-masing. Taklimat berkenaan YBK disampaikan oleh En. Zulhairy manakala JKM disampaikan oleh Tuan Zuhaimi Omar Sendiri.

Perbincangan bertumpu kepada bentuk kerjasama yang akan dilaksanakan oleh YBK dan JKM bagi mewujudkan satu koloborasi yang lebih berkesan dalam membantu masyarakat di Selangor. Di akhir sesi, kedua-dua pihak bersetuju untuk meneroka potensi kerjasama melalui sinergi tugas dan perkongsian maklumat di mana ia akan diperincikan pada mesyuarat susulan yang akan diatur kemudian.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;