- Hit: 1324
GESIR, 2 Januari 2017 - Hari ini telah berlangsung sesi pendaftaran dan orientasi pelajar bagi Asrama Kasih YBK Gesir (Jambo Sakti) untuk sesi 2017. Sesi pendaftaran telah dikoordinasi oleh Pengetua ASKA Gesir, Farahin Iszreen Ismail dan dibantu oleh para pegawai asrama. Turut hadir memantau sesi tersebut adalah En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK.
Sesi bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga beserta anak-anak mereka. Para penjaga dan pelajar telah diberikan taklimat berkenaan peraturan-peraturan ASKA Gesir oleh En. Zulhairy, disusuli dengan sesi pendaftaran pelajar. ASKA Gesir menawarkan tempat kepada 15 orang pelajar dan 13 orang daripadanya telah hadir mendaftar pada hari ini.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar serta jamuan ringan dan selesai sepenuhnya pada jam 1 petang.