SERENDAH, 2 Januari 2017 - Majlis Pendaftaran dan Orientasi Pelajar untuk Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah) telah berlangsung hari ini di mana ASKA Serendah telah menawarkan 47 tempat untuk pelajar baru dan 28 orang daripadanya telah hadir. Sesi berlangsung di ruang dewan diuruskan oleh Pengetua, Pn. Halimaton Saadiah dan dibantu oleh para pegawai asrama.

Majlis bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran ibu bapa/penjaga dan pelajar. Pengetua kemudiaannya memberikan taklimat berkenaan latar belakang dan peraturan-peraturan ASKA Serendah untuk makluman pelajar. Pengerusi YBK, Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom dan Pengerusi ASKA Serendah, Datin Hartini Osman turut hadir pada hari itu untuk meninjau perjalanan majlis.

Dato' Pengerusi YBK turut menyampaikan ucapan kepada para pelajar di mana beliau menyeru agar ibu bapa dan anak-anak untuk sentiasa bersyukur dan berusaha untuk memperbaiki kehidupan sekarang kepada yang lebih baik. Beliau juga memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar yang hadir. Di majlis yang sama, Dato' Pengerusi YBK turut menyampaikan Sijil Pengawas ASKA Serendah kepada lantikan pengawas sesi 2017.

Majlis berakhir dengan sempurna pada jam 2:30 petang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;