PUTRAJAYA, 31 Disember 2016 - Majlis Malam Semangat Mendaki 2017 merangkap makan malam tahunan telah diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya. Seluruh warga kerja YBK dan Syarikat Kumpulan YBK bersama ahli keluarga telah menghadirkan diri dengan kehadiran lebih 200 orang. Majlis yang bertemakan 'ungu' turut dihadiri oleh semua ALPA YBK dan jemputan-jemputan khas.

Majlis bermula pada jam 8 malam selepas sesi fotografi dan telah dijuruacarakan oleh Pn. Norlida Parjoh dan En. Mohd Noh. Bacaan doa selaku pembuka majlis telah dipimpin oleh Ustaz Saiful Akmal Addanan daripada Asrama Kasih YBK Serendah. Jamuan makan menyusul dan hadirin menjamu selera sambil mendengar alunan persembahan daripada 'band' jemputan.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBK, En. Zulhairy Jalaluddin dan ikrar pengurusan YBK. Ia disusuli dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan YBK, Datin Hartini Osman dan ikrar daripada kakitangan Syarikat Kumpulan YBK. Kemuncak majlis adalah ucapan dan amanat daripada Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK di mana beliau mengajak warga kerja untuk terus menghayati falsafah 'Semangat Mendaki' dan 'Khalifah' dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Para hadirin juga telah mendengar ceramah motivasi pada malam itu oleh penceramah jemputan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian 'Anugerah Pekerja Cemerlang' dan cabutan bertuah yang disampaikan oleh Dato' Pengerusi kepada para penerima, sebelum menanti detik 12 tengah malam yang menandakan permulaan tahun 2017.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;