- Hit: 1383
PAKA (TERENGGANU), 30 Disember 2016 - YBK hari ini telah berkunjung ke Kg. Nyior yang terletak di Paka, Terengganu bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang kurang mampu di kampung ini. Maklumat diberikan oleh sukarelawan YBK di sana, Tuan Bazali Laksana.
Sumbangan yang diberikan berupa kelengkapan sekolah seperti beg, pakaian dan peralatan berkaitan. Penyerahan dilakukan oleh pegawai YBK, Tuan Hj. Basharuddin bersama-sama Tuan Bazali sendiri. Penerima melahirkan rasa syukur kepada YBK dan bantuan ini diharap dapat meringankan beban dalam memulakan sesi persekolahan tahun 2017.