SERENDAH, 19 Disember 2016 - Keputusan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) telah diumumkan hari ini dan seramai 29 orang pelajar Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah) telah mengambil keputusan mereka.

Secara umumnya peratusan lulus pada tahun ini adalah 67.9 peratus berbanding 65.7 peratus pada tahun sebelumnya. Ini menyaksikan peningkatan sebanyak 2.2 peratus. Fazreen Batrisya merupakan pelajar ASKA Serendah yang mencatatkan keputusan terbaik 8A, seterusnya Nurul Faqehah (7A), Nur Intan Syafika (6A), dan 5 orang pelajar lagi mendapat 5A.

Mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan ketara daripada sudut peratusan lulus adalah Bahasa Inggeris dengan 69.4 peratus (2015: 40 peratus), Matematik dengan 72.8 peratus (2015: 49.6 peratus) dan Sains dengan 76.2 peratus (2015: 49.6 peratus). Peningkatan ini sedikit sebanyak adalah hasil daripada program akademik yang disusun oleh pengurusan ASKA Serendah yang membantu para pelajar untuk lebih memahami subjek-subjek yang berkenaan.

YBK mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah mencatatkan keputusan cemerlang dan diharap dapat mengekalkan momentum untuk tingkatan 4 dan seterusnya.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;