- Hit: 1353
SERENDAH, 19 Januari 2017 - Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin untuk Almarhum Tn. Hj. Hamzah b Jalli, ALPA YBK telah diadakan di Asrama Kasih YBK Serendah hari ini. Seramai kira-kira 200 tetamu termasuk wakil keluarga Almarhum, kakitangan, pelajar ASKA Serendah, dan jemputan khas telah hadir. Turut bersama, Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK; ALPA YBK - Dato' Bing Selamat dan Ustaz Mohd Faisal Tan.
Majlis bermula selepas solat maghrib berjemaah di mana bacaan Yaasin dipimpin oleh Dato' Zainal Abidin Sakom dan bacaan tahlil oleh imam jemputan. Doa tahlil dibaca oleh Ustaz Mohd Faisal Tan. Solat Isyak berjemaah menyusul sebelum diakhiri dengan jamuan ringkas di dewan ASKA Serendah.
YBK mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.