GESIR, 22 Januari 2017 - Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir - Jambo Sakti) telah mengadakan majlis perpisahan untuk bekas guru besar SK Gesir Tengah, Cikgu Abdul Rahman. Beliau adalah antara orang yang terawal bersama-sama YBK dalam membangunkan ASKA Gesir dan amat rapat dengan anak-anak ASKA Gesir.

Majlis bermula pada jam 9:00 pagi dengan kehadiran Cikgu Abdul Rahman dan jemputan-jemputan. Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK mewakili Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK memberi ucapan aluan dan menyampaikan salam Pengerusi disusuli dengan ucapan daripada Pengetua ASKA Gesir, Cik Farahin Iszreen. Kemuncak majlis adalah ucapan daripada Cikgu Abd Rahman di mana beliau berasa terharu dan melahirkan ucapan terima kasih kepada YBK di samping berjanji untuk terus membantu ASKA Gesir walaupun tidak lagi bersama sebagai Guru Besar SK Gesir Tengah.

Majlis dimeriahkan dengan acara memotong kek dan persembahan dari anak-anak ASKA Gesir. Turut hadir pada hari ini, Guru Besar SK Gesir Tengah dan Ahli Lembaga Penasihat ASKA Gesir. Majlis tamat pada jam 12 tengahari.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;