KUALA LUMPUR, 21 Januari 2017 - Hari ini telah berlangsung Program Santuni Gelandangan yang merupakan program mingguan YBK bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Penyumbang pada minggu ini adalah kakitangan ibu pejabat YBK.

Edaran dimulakan pada jam 12 tengahari apabila para gelandangan mula berbaris di perkarangan masjid. Selepas doa dibacakan, pek-pek makanan diedarkan kepada gelandangan yang hadir oleh sukarelawan masjid dan dibantu oleh pegawai YBK yang hadir. Turut diedarkan, pakaian terpakai untuk kegunaan para gelandangan.

Sumbangan daripada orang ramai amat dialu-alukan untuk program ini. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

๐ŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

๐Ÿ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

๐Ÿ“ž TEL :ย +60 (3) 7875 0036
๐Ÿ“  FAKS :ย +60 (3) 7875 0719
๐Ÿ“ง E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;