SEGAMAT, 29 Januari 2017 - Musibah banjir yang melanda daerah Segamat, Johor telah menarik perhatian YBK untuk membantu melalui Misi Bantuan Banjir yang telah dilaksanakan hari ini. Empat orang pegawai YBK termasuk En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif telah turun meninjau dan menghantar bantuan ke Kg Sepang Loi, yang merupakan antara kawasan yang terjejas teruk dalam banjir.

YBK telah menghantar bantuan berupa pakaian terpakai di pusat pemindahan SK Sepang Loi, Segamat. Seramai 69 buah keluarga telah ditempatkan di pusat ini. Bantuan diserahkan oleh En. Zulhairy mewakili YBK kepada Ketua Kampung, Tuan Jamaluddin Atan.

Ini merupakan tinjauan kedua YBK ke kampung ini dan kali pertama adalah pada tahun 2006 juga kerana musibah banjir.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;