19 Mac 2006, Jugra – Untuk kesekian kalinya, YBK menganjurkan Kem Motivasi Kejayaan Diri untuk pelajar SPM dari Desa-desa Kasih YBK di Akademi Latihan Inovasi & Motivasi, Jugra Banting pada 16 hingga 19 Mac 2006 sempena cuti persekolahan. Seramai 59 orang peserta telah menghadirkan diri dalam program ini.

Tujuan program ini dijalankan ialah untuk memberi semangat dan daya juang kepada peserta yang akan menduduki peperiksaan SPM pada penghujung tahun 2006 ini. Program ini juga memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM memandangkan ia boleh mencorakkan masa depan mereka. Sekiranya gagal dalam peperiksaan tersebut, maka sukarlah untuk mereka cemerlang dalam kerjaya masa depan mereka.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi YBK, YB. Dato’ Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom. Dalam ucapannya, beliau memberi cabaran kepada para peserta agar cemerlang dalam SPM. Dalam peperiksaan SPM tahun 2005, ramai pelajar cacat beroleh kejayaan yang cemerlang, mengapa kita yang sempurna sifat tidak mampu mencapai kejayaan seperti mereka?.

YB. Dato’ juga menegur sikap belia-beliawanis masa sekarang. Mereka kebanyakkannya kurang bermotivasi, bersikap sambil lewa, tidak memikirkan masa depan. Mereka merasakan diri mereka berada di zon selesa walaupun kita lihat kehidupan mereka cukup tidak selesa.

Sehubungan dengan itu, YB Dato’ berharap agar para peserta mengubah cara hidup mereka kepada hidup yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;