AMPANG, 11 Februari 2017 - Musibah kebakaran rumah yang melanda keluarga saudari Siti Nur Hidayah telah menarik perhatian YBK untuk tampil membantu. Beliau yang merupakan sukarelawan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) bersama keluarga kini tinggal menumpang di rumah rakan. Kediaman keluarga ni ditimpa kebakaran semalam (10 Februari).

Bertindak atas maklumat yang diterima, YBK telah berkunjung ke kediaman sementara Siti Nur Hidayah untuk menyampaikan sumbangan berupa pakaian dan tunai. Sumbangan diterima sendiri oleh beliau dan disaksikan oleh bapa, Ustaz Azlan dan isteri. Ustaz Azlan akan berlepas ke Tanah Suci bersama isterinya bagi membawa jemaah Umrah dan musibah ini tidak mematahkan semangat beliau untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;