- Hit: 1400
HULU BERNAM, 7 Februari 2017 - Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir) telah mengadakan satu sesi temuduga untuk mencari calon-calon pelajar yang berminat dan layak ke ASKA Gesir. Temuduga ini adalah lanjutan daripada siri temuduga yang telah dilaksanakan sebelum ini di beberapa lokasi dalam negeri Selangor. Sesi kali ini dijalankan di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam.
Pengetua ASKA Gesir, Cik Farahin Iszreen dan beberapa pegawai YBK telah menemuduga sendiri para pelajar yang berminat. Sebagaimana prosedur biasa, calon-calon diminta untuk menjawab ujian 'IQ Test' di samping ujian kemahiran membaca. Sesi yang mendapat kerjasama Guru Besar, Puan Nadzula bt Ahmad ini telah menarik minat seramai 15 orang pelajar untuk memohon.