BUKIT SENTOSA, 26 Februari 2017 - Hari ini telah berlangsungnya Program Sukarelawan YBK di rumah saudara Mohd Redzuan bin Itam yang terletak di flet Cempaka. Bukit Sentosa, Rawang. Saudara Redzuan mempunyai masalah kecederaan kekal akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu. Tinggal berseorangan di rumah ini tanpa mempunyai punca pendapatan, dia hanya bergantung harap kepada jiran tetangga untuk membantunya.

Program kali ini dibantu oleh pelajar dari FISE, Management Science University (MSU) Shah Alam yang diketuai oleh saudara Muhammad Adha Ismail. Objektif program adalah untuk membaiki sistem pendawaian elektrik dan air, mengecat semula ruang tamu dan bilik utama serta menyampaikan pakaian terpakai.

Kumpulan atau organisasi yang mempunyai maklumat yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti sukarelawan boleh berhubung dengan saudara Asuad di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;