SERENDAH, 25 Februari 2017 - Alumni ASKA telah menganjurkan Program Sireh Pulang Ke Gagang untuk anak-anak Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah). Program yang memfokuskan kepada motivasi ini dikelolakan oleh saudara Roshahidir (Presiden Alumni ASKA) dan dibantu oleh rakan-rakan beliau iaitu saudara Azli Torje, saudari Norzana dan En. Awi.

Program bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 4 petang. Anak-anak ASKA Serendah didedahkan dengan perkongsian penetapan matlamat hidup dan sesi 'sharing' pengalaman hidup oleh para alumni ini. Selain itu, beberapa aktiviti berbentuk 'games' telah dilaksanakan bagi membentuk kemesraan di samping meningkatkan semangat 'kelekitan' (cohesiveness) sesama pelajar.

Anak-anak ASKA Serendah yang mengikuti program ini mendapat manfaat daripada sudut memahami pengalaman hidup dan cara pengurusan diri yang lebih efektif. Program seumpamanya akan disusun oleh ASKA Serendah untuk manfaat anak-anak ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;