SERENDAH, 2 Mac 2017Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah) telah mengadakan satu sesi temuduga untuk mencari calon-calon pelajar yang berminat dan layak ke ASKA Serendah untuk pengambilan sesi ke-2. Temuduga ini dijalankan di SMK Taman Bunga Raya 1 yang terletak di kawasan Bukit Beruntung.

Pegawai YBK yang hadir telah menemuduga sendiri para pelajar yang berminat. Sebagaimana prosedur biasa, calon-calon diminta untuk menjawab ujian 'IQ Test' di samping ujian kemahiran membaca. Sesi yang mendapat kerjasama Guru Besar, En Jamaluddin dan Cikgu Norazlina ini telah menarik minat seramai 10 orang calon pelajar untuk memohon.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;