- Hit: 1536
KUALA LUMPUR, 4 Mac 2017 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan diteruskan hari ini sebagaimana minggu-minggu sebelumnya di mana 100 hingga 300 pek makanan diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir.
Proses edaran mengambil masa selama sejam bermula pada jam 12 tengahari sehingga 1 petang. Para gelandangan ini berbaris dan sebaik sahaja doa selesai dibacakan, mereka masing-masing menerima pek makanan tengahari yang ditaja oleh penyumbang budiman.
YBK mengalu-alukan sumbangan individu dan/atau masyarakat yang ingin turut serta dalam program ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.