- Hit: 1362
SERENDAH, 16 Mac 2017 - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hari ini dan seramai 15 orang pelajar Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah) telah mengambil keputusan mereka di SMK Serendah. Turut serta, Pn. Halimaton Saadiah, Pengetua ASKA Serendah.
Untuk SPM tahun ini, ASKA Serendah telah mengalami peningkatan GPA sebanyak 0.27 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jumlah yang memperoleh gred A meningkat iaitu sebanyak 40 A keseluruhan berbanding 26 A pada tahun sebelumnya. Pelajar yang gagal berkurang hanya 1 G berbanding 2 G pada tahun lepas. Saudara Khairul Roslan telah berjaya memperoleh 7 A iaitu keputusan yang paling cemerlang dicapai antara pelajar-pelajar ASKA Serendah pada tahun ini.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar ASKA Serendah dan semoga terus sukses dalam mencari kecemerlangan seterusnya!