- Hit: 1498
REMBAU, 19 Mac 2017 - YBK bersama para sukarelawan telah mengadakan aktiviti gotong-royong di kediaman Pn. Norhamiza Mohamed di Kg. Astana Kota, Rembau. Suami beliau, En. Nazri Baharudin menghidap angin ahmar dan sedang dirawat di hospital.
Para sukarelawan yang hadir telah bersama-sama membersihkan kediaman dan persekitaran rumah Pn. Norhamiza. Aktiviti ini juga turut mendapat kerjasama daripada belia setempat. YBK turut menyumbang pakaian, membaiki atap rumah dan sedikit sumbangan kewangan kepada beliau.