KELANA JAYA, 18 Mac 2017 - Hari ini telah berlangsung taklimat kepada para peserta Program Umrah YBK - Penyucian Jiwa Di Tanah Suci di Rumah YBK. Seramai 13 orang peserta yang terpilih untuk program tahun ini telah hadir bersama keluarga masing-masing untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh penceramah daripada Andalusia Travel and Tours selaku pengurus rasmi jemaah umrah ini.

Taklimat bermula pada jam 10 pagi selepas Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, hadir dan memberi sedikit amanat dan beramah mesra dengan para peserta. Ini disusuli dengan taklimat umrah yang disampaikan oleh Ustaz Syazwan daripada Andalusia. Taklimat yang berlangsung hampir satu jam diakhiri dengan penyerahan kain ihram dan beg yang disampaikan oleh Dato' Hj. Bing Selamat Amir, ALPA YBK. Turut hadir, Datin Hartini Osman, Ketua Pegawai Eksekutif YBKU Group; En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK, dan para pegawai YBK.

Program tajaan umrah ini akan diteruskan di masa-masa akan datang mengikut keperluan dan keadaan semasa.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;