SG. BESAR, 25 & 26 Mac 2017 - Bertempat di Desa Kasih Parit 8 1/2 Barat, telah berlangsung Karnival Desa Kasih dan Sambutan Ulang Tahun YBK yang ke-27. Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini adalah hasil muafakat daripada YBK, Pejabat Parlimen Sabak Bernam, kumpulan NGO Pertubuhan Kebajikan Generasi Redzuan (PEGAGA) dan Pertubuhan Sukarelawan Jiwa Malaysia (SEJIWA), serta para penduduk setempat. Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB Dato' Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh dan Pengerusi YBK, YBhg Dato Hj Zainal Abidin Sakom telah hadir dalam program ini.

Hari pertama program (25 Mac) di sebelah petang telah berlangsung acara gotong royong membersihkan surau dan rumah, dan memasak hidangan untuk jamuan pada sebelah malam. Di sebelah malam, telah diadakan majlis tahlil doa selamat dan ceramah. YB Dato' Hj Mohd Fasiah hadir dan bersama para penduduk setempat dalam majlis tahlil dan turut memberikan ucapan pada malam tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom yang menceritakan serba ringkas perjalanan YBK selama 27 tahun dan konsep bersyukur. Acara memotong pulut kuning dan kek sebagai simbolik ulang tahun ke-27 tahun YBK telah dilaksanakan selepas itu. Turut hadir, Dato' Bing Selamat Amir; ALPA YBK, En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK, para pegawai YBK, sukarelawan dan penduduk Desa Kasih.

Hari kedua program (26 Mac) telah berlangsung acara pertandingan memancing, sukaneka dan pertandingan memasak untuk kaum ibu. YBK turut mengedarkan tanda mata kepada kanak-kanak yang hadir dan juga memberikan pakaian percuma untuk penduduk setempat. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah berlangsung pada jam 12 tengahari dan disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohd Fasiah selaku tetamu kehormat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;