SEPANG, 1 April 2017 - Hari ini seramai 12 orang peserta Program Umrah YBK 2017 akan berangkat ke Tanah Suci. Semua peserta telah berkumpul seawal jam 7:00 pagi bagi urusan daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengerusi YBK, Dato Hj. Zainal Abidin Sakom, Datin Sarifah Ahmad, Datin Hartini Osman, En. Zulhairy Jalaluddin (Ketua Pegawai Eksekutif YBK) dan para pegawai YBK hadir bersama-sama mengiringi para jemaah yang akan berangkat.

Pada majlis yang sama, Dato' Pengerusi YBK juga telah menyampaikan amanat dan sumbangan kepada para jemaah. Pengurusan umrah kali ini adalah diuruskan oleh Andalusia Travel & Tours. Kepada semua jemaah diucapkan selamat menunaikan ibadah umrah dan selamat kembali ke tanah air tercinta.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;